Testimonial

Testimoni 1

"Saya mengalami sakit gigi geraham yang amat sangat. Makan ubat 'Seng Seh'  cina dan selepas itu pil penahan sakit, selang beberapa jam masih sakit. Alhamdulillah dengan ikhtiar En. Muaz membekam pada beberapa point di pipi tempat sakit didapati bekas tabung bekam ada darah beku seperti jelli (agar-agar) dan berwap, berbuih. Akhirnya habis bekam, sakit gigi sudah hilang. Bengkak yang sakit pada mulanya sudah boleh dipegang dan hingga sekarang sakit giginya tiada. Masya'Allah, itu yang saya rasakan. LEGA! Ajaib. Benarlah sabda Rasul s.a.w. akan kebaikan bekam."

AHMAD BIN MAHMOD
Umur : 48 Tahun
No. Tel : 012-784 7574
Alamat : No. 28, Lorong Sri Kilat, Bkt. Pasir 83000 Batu Pahat.




Testimoni 2

"Saya telah mendapatkan khidmat bekam dengan En.Muaz pada bahagian lutut saya. Sakit pada lutut kiri saya yang telah dibekam itu hilang rasa kesakitan terutama sewaktu menaiki tangga. ALHAMDULILLAH."

ANWAR BIN MD. YASIN
No. Tel : 019-796 6761
Tanjung Sembrong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor




Testimoni 3

"Saya mengalami bisul yang amat menyakitkan pada sebelah luar ibu jari kaki. Ketika melakukan tahiyat pada solat terasa amat menyakitkan. Pada hari ke 3 waktu tengahari, suami saya En. Muaz melakukan pembekaman pada tempat bisul. Didapati terbit buih-buih dan cecair toksid. Masya'Allah! Pada malamnya lepas waktu maghrib saya boleh melakukan tahiyat dalam solat tanpa rasa sakit. Alhamdulillah, benarlah sabda Nabi s.a.w., pembekaman dapat menyembuhkan berbagai penyakit."

ROBIAH BINTI MD. DIAH
No. Tel : 016 - 758 7870
Taman Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor




Testimoni 4

"Saya mengalami sakit kepala yang amat sangat tidak menyenangkan. Disebelah atas kedua-dua kening mata terasa seperti menampung beban batu yang berat. Maka pada hari ke-3 saya menyuruh anak saya melakukan pembekaman pada dahi sebelah atas kening. Didapati terbit buih-buih pada bekas tabung bekam. Alhamdulillah keesokan harinya kesakitan tulang hilang. Bersyukur pada Allah. Memang benar Nabi s.a.w. akan keajaiban bekam."

MUAZ
No. Tel : 016 - 797 1065
No.8, Jalan Bahagia 1, Taman Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor




Testimoni 5

"Saya menghidap penyakit jantung berdebar-debar lebih kurang 20 tahun. Doktor sahkan darah saya kotor. Lantas saudara Muaz menasihat untuk dicuba dengan cara urut dan bekam. Saya pun setuju. Maka setelah dilakukan pembekaman didapati banyak darah kotor yang keluar memenuhi tabung bekam. Sejurus dari itu saya mula rasakan debaran jantung saya berkurangan dan badan semakin ringan."

"Dimasa yang sama kaki saya bengkak disekitar buku lali. Maka dilakukan pembekaman oleh saudara Muaz. Banyak darah kotor dan buih-buih putih serta cecair toksid terbit. Alhamdulillah bengkak pun susut. Saya syorkan sesiapa yang ada masalah kesihatan sila berhubung dengan saudara Muaz (bekam batu pahat) untuk diikhtiarkan dengan cara pembekaman, muda-mudahan Allah izinkan pemulihannya dengan cara sunnah Nabi s.a.w. ini. Terima kasih kepada saudara Muaz. Jazakallahu khair."

YAHYA BIN AHMAD
No. Tel : 013-751 5207
Kg. Bintang. Peserai 83000 Batu Pahat, Johor





Testimoni 6

"Menghidap darah tinggi 15 tahun. Mendapat bacaan darah tinggi 150/90, mengambil pil hospital dan lain-lain rawatan. Cubaan pertama kali bekam, dapat mengurngkan 10 digit yakni kepada 140/80. Selang beberapa hari penurunan digit kepada 130/80. Alhamdulillah. semakin pulih dan yang paling penting jaga pemakanan dan terus berbekam, inshaAllah"

JAMIAN BINTI MEJAN
Lorong Sri Kilat, Bkt. Pasir Batu Pahat


 


Testimoni 7

"Assalamualaikum..saya kerap macam nak demam. Juga mengalami kesakitan tumit kaki kiri ketika hendak berdiri waktu bangun dari tidur. Apabila dicadangkan oleh akhi Muaz tentang kaedah rawatan dan sunnah Nabi s.a.w. akan pembekaman ini, saya bersetuju tanpa was-was lagi. Pembekaman dilakukan dibahagian bawah buku lali dekat tumit. Didapati terbit buih-buih darah yang bertoksid. Keesokan harinya saya rasa berkurangan, dan hari-hari seterusnya terus tiada sakit pada tumit itu. Alhamdulillah. Sungguh melegakan akhi Muaz. Jazakallu khair."

EZANIE BIN TAHIR
Umur : 36 tahun
Tongkang Pechah 83010 Batu Pahat
Tel : 012-7368903

 


Testimoni 8

"Mengalami sakit pada lutut. Sering ulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan pil tahan sakit. Kena amalkan hari-hari. Cuba bekam pada kaki pertama kali. Alhamdulillah..sangat berkesan. Didapati darah kotor dan buih-buih toksid memenuhi dalam tabung bekam. Kesakitan berkurangan dan tak makan "pain killer". Rasa mengantuk yang selalu mengganggu diri saya disiang hari berkurangan. Cubalah..InsyaAllah berkesan."

SALBIAH BINTI MOHAMAD
Umur : 68 tahun
No. Tel : 017-681 1148
Pt. Kangkung, Bkt Pasir Batu Pahat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan